LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER (AUTOCAD)
Dalam subjek ini, kami pelajar tahun 2 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Binaan Bangunan) UTM Skudai didedahkan dengan konsep yang berkaitan dengan lukisan kejuruteraan berbantu komputer yang dibimbing oleh Dr. Amirmudin bin Udin, iaitu seorang pensyarah yang berpengalaman dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Tuesday, 19 February 2013
Thursday, 13 December 2012
Penggunaan fungsi ERASE, COPY, MIRROR, OFFSET, TRIM
Erase berfungsi sebagai memadam sesuatu objek yang tidak dikehendaki dan sekirannya berlaku kesilapan semasa menghasilkan lukisan.
Fungsi ini boleh digunakan dengan menaip erase atau e pada command line dan <enter> ataupun boleh klik terus ke pull-down menu dan memilih modify,sila rujuk gambar dibawah:
Copy berfungsi untuk menyalin sesuatu objek menjadi lebih dari satu dengan tidak perlu melukis kembali objek yang mempunyai ciri-ciri yang sama.
Fungsi ini boleh digunakan dengan menaip copy atau cp pada command line dan <enter> ataupun boleh klik terus ke pull-down menu dan memilih modify,sila rujuk gambar dibawah:
seterusnya salin keseluruhan pada objek yang dikehendaki dan <enter>,kemudian tetapkan kedudukan point yang dikehendaki dan <enter>
Mirror berfungsi sama seperti seseorang menghadap cermin dengan imej mereka akan kelihatan di sebalik cermin. Biasanya objek yang di mirror adalah berbentuk simetri. Oleh itu seseorang tidak perlu melukis objek yang sama berulangkali. Ilustrasi berikut memperjelaskan konsep tersebut.
Fungsi ini boleh digunakan dengan menaip mirror atau mi pada command line dan <enter> ataupun boleh klik terus ke pull-down menu dan memilih modify,sila rujuk gambar dibawah:
Seterusnya salin keseluruhan pada objek yang dikehendaki dan <enter>,kemudian tetapkan kedudukan point yang dikehendaki dan <enter>
Offset merupakan fungsi AutoCAD yang membenarkan seseorang pelukis menggandakan sesuatu garisan, bulatan dan lengkungan pada jarak tertentu daripada objek asal.
Fungsi ini boleh digunakan dengan menaip offset pada command line dan <enter> ataupun boleh klik terus ke pull-down menu dan memilih modify,sila rujuk gambar dibawah:
Seterusnya masukkan nilai jarak yang dikehendaki dan <enter>,kemudian klik pada objek dan pada kedudukan point yang dikehendaki.
Trim berfungsi mencantas objek-objek yang ditetapkan oleh pelukis, syarat untuk arahan ini dilaksanakan ialah pelukis perlu menentukan atau mengenalpasti dua sempadan yang berkaitan.
Fungsi ini boleh digunakan dengan menaip trim pada command line dan <enter> ataupun boleh klik terus ke pull-down menu dan memilih modify,sila rujuk gambar dibawah:
Subscribe to:
Posts (Atom)