Friday, 28 September 2012

Apa itu Autocad?


Reka Bentuk bantuan Komputer (CAD)






    

Pengenalan


Hasil pembelajaran :

·           Mengenal pasti perkakasan CAD

·           Mengenal pasti perisian CAD



Lukisan berbantu komputer

Perisian CAD mula digunakan sejak awal 70-an dalam bentuk 2 dimensi.  Ketika itu hanya super komputer atau komputer kerangka utama (mainframe) sahaja yang mampu menjalankan perisian CAD tersebut.  Kini dengan perkembangan teknologi, perisian CAD telah boleh digunakan dalam komputer peribadi.


Perkakasan asas yang minimum diperlukan untuk menggunakan perisian CAD adalah seperti berikut:
Pemproses Intel Pentium II 200 MHz atau yang setara.
32 MB RAM
500 MB Pemacu cakera keras (HDD)
CD ROM
1.44 MB pemacu cakera liut
Monitor SVGA
Papan kekunci dan tetikus.
Pencetak

Sistem operasi yang sesuai boleh dipilih daripada mana-mana sistem operasi Microsoft Windows 95, 98, Me, 2000, NT dan XP. Pengendalian perisian CAD adalah sama bagi semua sistem operasi.  Perbezaan kecil hanya pada aspek pengurusan fail-fail lukisan.



Perisian dan fungsi

Hasil pembelajaran
·           Menerangkan fungsi CAD
Penggunaan CAD masa kini amat meluas dalam bidang kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal, malah banyak  membantu para pereka cipta dalam penghasilan ciptaan baru.

Lukisan yang dihasilkan boleh dibuat dalan bentuk 2D dan 3D dan gabungan 2D dan 3D.  Melalui penggunaan teknologi terkini CAD boleh digabungkan dengan sistem multimedia bagi penghasilan program animasi dan penghasilan model menggunakan CADCAM.

CAD dalam reka cipta dapat membantu jurutera, arkitek dan pereka bentuk menghasilkan lukisan/gambaran sesuatu rekaan seperti bangunan, kenderaan, peralatan elektrik, enjin dan komponen enjin.

CAD juga mempercepat dan mempermudahkan kerja-kerja mereka bentuk di  dalam bidang kejuruteraan dan senibina termasuk bidang reka cipta .
Kelebihan menggunakan CAD dalam menghasilkan lukisan teknik adalah seperti berikut:
a.    Semua lukisan kejuruteraan yang dilukis secara manual boleh dihasilkan dengan perisian CAD.
b.    Lukisan dihasilkan dengan lebih cepat.
c.    Mengurangkan kerumitan dari segi memadam kesilapan dan mudah untuk menambah teks.
d.    Lukisan boleh dihasilkan dalam banyak salinan.
e.    Boleh menyalin bahagian-bahagian tertentu pada sebuah lukisan kejuruteraan tanpa perlu mengulang lukisan.
f.     Lukisan boleh diubah dimensi (saiz) dengan mudah.
g.    Lukisan disimpan dalam pemacu cakera keras atau liut, ini dapat mengurangkan penggunaan ruang.
h.    Lukisan boleh dicetak dalam pelbagai saiz dan skala.

Kelemahan CAD semasa membuat lakaran rekaan, lakaran secara manual masih diperlukan.Menggunakan perisian CAD untuk mendapatkan reka bentuk terakhir


Hasil pembelajaran:
·         Menggunakan perisian CAD untuk mengubahsuai reka bentuk projek
·         Menghasilkan lukisan projek menggunakan perisian CAD tertentu

Terdapat banyak perisian CAD yang boleh diguna oleh guru dan pelajar untuk menghasilkan lukisan berbantu komputer.   Antaranya ialah  AutoCAD,  IDEAS, IntelliCAD dan sebagainya.
    
Berikut adalah beberapa contoh lukisan berbantu komputer.








No comments:

Post a Comment