Thursday 13 December 2012

Penggunaan fungsi ERASE, COPY, MIRROR, OFFSET, TRIM


Erase berfungsi sebagai memadam sesuatu objek yang tidak dikehendaki dan sekirannya berlaku kesilapan semasa menghasilkan lukisan.
Fungsi ini boleh digunakan dengan menaip erase atau e pada command line dan <enter> ataupun boleh klik terus ke pull-down menu dan memilih modify,sila rujuk gambar dibawah:



seterusnya klik pada objek yang tidak dikehendaki dan <enter>.


                                               




Copy berfungsi untuk menyalin sesuatu objek menjadi lebih dari satu dengan tidak perlu melukis kembali objek yang mempunyai ciri-ciri yang sama.
Fungsi ini boleh digunakan dengan menaip copy atau cp pada command line dan <enter> ataupun boleh klik terus ke pull-down menu dan memilih modify,sila rujuk gambar dibawah:


seterusnya salin keseluruhan pada objek yang dikehendaki dan <enter>,kemudian tetapkan kedudukan point yang dikehendaki dan <enter>




Mirror berfungsi sama seperti seseorang menghadap cermin dengan imej mereka akan kelihatan di sebalik cermin. Biasanya objek yang di mirror adalah berbentuk simetri.  Oleh itu seseorang tidak perlu melukis objek yang sama berulangkali. Ilustrasi berikut memperjelaskan konsep tersebut.
Fungsi ini boleh digunakan dengan menaip mirror atau mi pada command line dan <enter> ataupun boleh klik terus ke pull-down menu dan memilih modify,sila rujuk gambar dibawah:
 


Seterusnya salin keseluruhan pada objek yang dikehendaki dan <enter>,kemudian tetapkan kedudukan point yang dikehendaki dan <enter>



Offset merupakan fungsi AutoCAD yang membenarkan seseorang pelukis menggandakan sesuatu garisan, bulatan dan lengkungan pada jarak tertentu daripada objek asal.
Fungsi ini boleh digunakan dengan menaip offset pada command line dan <enter> ataupun boleh klik terus ke pull-down menu dan memilih modify,sila rujuk gambar dibawah:
 

Seterusnya masukkan nilai jarak yang dikehendaki dan <enter>,kemudian klik pada objek dan pada kedudukan point yang dikehendaki.




Trim berfungsi mencantas objek-objek yang ditetapkan oleh pelukis, syarat untuk arahan ini dilaksanakan ialah pelukis perlu menentukan atau mengenalpasti dua sempadan yang berkaitan.
Fungsi ini boleh digunakan dengan menaip trim pada command line dan <enter> ataupun boleh klik terus ke pull-down menu dan memilih modify,sila rujuk gambar dibawah:



Seterusnya halakan kursor ke garis pada objek yang dikehendaki dan klik kiri tetikus <enter>,kemudian halakan kursor ke garis objek yang hendak dibuang dan klik kiri tetikus <enter>.


























































No comments:

Post a Comment