Sebelum lukisan 3D dibuat, lukisan 2D perlu dilakar terlebih dahulu seperti rajah berikut :
Setelah lukisan 2D siap, semua entiti perlu digabung ke satu ( 1 ) entiti dengan menggunakan command PEDIT
Langkah - langkah :
- Taip 'pedit '
- Select garisan yang dikehendaki
- tekan Y
- tekan J ( Join )
- Klik pada garisan yang hendak disatukan dalam satu entiti
6. Enter - 2 kali
7. Garisan entiti akan wujud
Setelah PEDIT dibuat, langkah seterusnya ialah EXTRUDE. Extrude merupakan kaedah untuk mencipta ketinggian ( height ) pada lukisan 3D.
Langkah - langkah :
1. Klik view - 3D view - SW Isometric
Lukisan dari pandangan SW isometric |
2. Taip Extrude
3. Pilih objek yang dikehendakki
4. Enter - pilih ketinggian yang dikendakki. contoh 100. Lukisan akan jadi seperti berikut
Setelah siap Extrude semua objek, lukisan objek perlu dikemaskan. Ikon HIDE digunakan untuk mengemaskan lukisan objek diikuti oleh UNION
Langkah - langkah :
1. Taip HIDE pada kolum ikon, kemudian tekan ENTER. Hasil lukisan seperti dibawah :
2. Bagi Union, taip UNION pada ruangan comand
3. ENTER
4. Pilih objek yang dikehendakki
Objek pertama |
Objek kedua dipilih |
5. Setelah objek dipilih, tekan ENTER. Kemudian taip HIDE.
Untuk mendapatkan objek berlubang, ikon SUBTRACT digunakan. Langkah - langkah seperti berikut:
1. Taip SUBTRACT
2. ENTER
3. Pilih objek yang hendak dikekalkan. Contoh :
4. ENTER
5. Pilih objek yang hendak dibuang. Contoh :
6. ENTER.
7. Lukisan objek akan kelihatan seperti berikut :
8. Taip HIDE sekali lagi untuk mengemaskan lagi lukisan objek. Hasil lukisan seperti berikut :
SELAMAT MENCUBA !!
No comments:
Post a Comment